Wednesday, August 31, 2005

MANDATORI (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

BERMULA dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Komentar:

Novel berkisar mengenai pembunuhan dan balas dendam yang membawa kepada mimpi ngeri aku di malam hari. Tanpa belas kasihan, satu demi satu mangsa tersungkur ke bumi demi untuk menegakkan keadilan. Walau pun dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang, pepatah pahlawan masih menjadi pegangan. "Hutang darah harus dibayar dengan darah".

Aku boleh simpulkan bahawa imaginasi penulis memang kuat sehingga penulis boleh mengintepretasikan secara panjang lebar bagaimana dan dimana setiap kejadian ditulis.

Tuesday, August 30, 2005

RANGGAU (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

SATU pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama.

Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Komentar:

Sunday, August 28, 2005

TOMBIRUO (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

TIGA kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Komentar:

Introduction

Inilah ceritera aku dalam kehidupan aku yang serba kelam kabut. Terlalu banyak benda yang aku nak fikir. Mungkin ini sahaja caranya untuk aku bermain dengan kata-kata..